Pandangan LGE tentang pembayar cukai.

 

Tersentuh dengan petikan kata-kata LGE “Don’t forget that the Chinese community pays the most taxes in Malaysia.” Kata-kata ini penuh tersirat rasa bongkak dan sombong penuturnya. Orang bukan Cina perlu terima “hakikat” ini. LGE menilai kutipan cukai melalui pecahan kaum dan dalam masa yang sama mengaku tidak mengamalkan pekauman kerana sanggup dipenjara demi maruah keluarga Melayu.
Mana maruah bangsa Melayu apabila seorang Cina mengungkitkan pengorbanannya mempertahankan maruah satu keluarga Melayu. Dayus atau tidak peka… atau mari kita takbir ramai-ramai buat khalifah ini.
Tidak ingin menyentuh soal maruah keluarga Melayu yang dipertahankan LGE, cuma nak tegaskan tentang cukai yang disumbangkan komuniti Cina seperti dibanggakan LGE.
Benarlah orang Cina penyumbang cukai terbanyak, jadi orang bukan cina perlu menyahut cabaran ini dan berusaha agar bangsa mereka juga bersaing untuk menyumbang lebih banyak lagi.
Cukai dikutip dari pendapatan bergaji, hasil jualan dan transaksi perdagangan. Untuk memastikan orang bukan Cina dapat menyumbang cukai dengan lebih banyak maka mereka perlu memastikan urusan jual-beli dilakukan diantara sesama mereka. Pastikan setiap sen yang bertukar tangan mengambil kira faktor ini. Apakah kita mahu terus-terusan diejek penerima habuan dari cukai yang disumbang oleh orang lain?
Kebanyakan orang bukan Cina adalah pekerja bergaji dan penjawat awam. Penjawat awam adalah pemberi perkhidmatan kepada pembayar cukai, maka wajarlah mereka menerima habuan dari cukai yang dikutip dalam bentuk gaji dan sebagainya. Itu juga salah satu prinsip percukaian untuk membiaya perkhidmatan awam. Atas rasa saling bekerjasama dan sokong menyokong tak timbul soal siapa beri cukai lebih. Tetapi sekarang keadaan telah berubah, perkara ini diungkit. Jadi wajarlah orang bukan Cina memastikan mereka berbelanja dan berurusniaga dengan kaum mereka supaya akhirnya dapat menyumbang cukai yang lebih.
Orang Cina sudah pasti boleh mengekalkan prestasi mereka walaupun tanpa urusniaga dari orang bukan Cina. Ini yang dibaca dari ungkapan LGE itu. Suasana ini yang diminta oleh LGE dan mereka yang sealiran dengan beliau. Oleh itu, mudah saja… kita selalunya diberi apa yang kita hajatkan, lalu kita tunaikanlah hajat orang Cina jika itu yang diinginkan. Malanglah kalau kita tak mahu sedar….
Sekadar catatan akhir, cukai jualan dikutip dari pengguna oleh penjual dan dibayar kepada pihak berkuasa. Jadi sebuah syarikat yang membayar cukai jualan cuma wakil bagi pihak pengguna tadi yang merupakan pembayar sebenar…..

Karya suntingan dari blog lain…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s