Allah satu perkongsian…

Ada yang memberikan perangkaan hasil bancian penduduk mengikut pecahan agama dianuti. Ia menjurus kepada kaum Cina dan agama Kristian. Adakah mereka memberi maklumat betul tentang agama sewaktu dibanci atau di lain-lain keadaan. Jawapan mereka adalah tidak tentu, selalunya mereka mengaku kekal agama asal kerana masih baru bertukar ke Kristian.
Tanyakan pada yang muda, jawapnya mereka tidak mahu melukakan hati orang tua. Ini juga berlaku pada kaum India. Jadi perangkaan dari hasil banci penduduk berkaitan agama yang dianuti tidak dapat terima sebagai tepat.
Pengunaan perkataan “Allah” dapat dirasa niatnya. Kita boleh berhujah soal perundangan, soal sejarah dan peibagai lagi. Lalu kita petik fakta dari sana-sini. Tanyalah diri sendiri, niat sebenarnya apa? Kenapa sebilangan penganut Kristian memperjuangkan sangat kalimah “Allah” untuk digunakan dalam kitab mereka?
Mustahil penganut Hindu atau Budha hendak guna perkataan “Allah” untuk tuhan mereka, mereka akan bermati-matian membantah jika dipaksa berbuat begitu.
Kononnya agama Sikh juga menggunakkan perkataan “Allah”, Tidak pasti kesahihannya, tetapi belum ada rumah ibadat orang Sikh dibakar oleh orang Islam, kenapa? Jadi janganlah libatkan kaum Sikh dalam pertelingkahan ini.
Tiada membantah kitab Injil diterbitkan dalam Bahasa Melayu kerana kedudukan bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan di sebuah negara di mana sebahagian warganya penganut Kristian. Yang dibantah penggunaan “Allah” dalam kitab injil kerana niatnya hendak menyamakan dengan agama Islam. Ia akan mengelirukan orang bukan Islam yang baru ingin mengenali agama Islam dan Kristian, mereka akan menganggap ianya sama.
Pendakwah songsang Kristian akan menambat hati mereka dengan menawarkan pekej menarik tanpa perlu mengikut sebarang hukum agama Kristian kerana tujuan dakwah mereka berbeza. Mereka akan mengatakan penghujung tetap sama iaitu menyembah Allah.
Dakwah Islam adalah menyampaikan, kemudian jika ada menerima, dianya akan diperingatkan dengan segala hukum-hakam dan peraturan, jika kekal yakin dan setuju maka Islamlah dia. Di situ titik kebebasan untuk memilih kerana sesudah memilih maka perlu patuh kepada segala hukum yang ditetapkan.
Berbeza dengan dakwah songsang Kristian, mereka memancing dalam segala bentuk, wang ringgit, hiburan, wanita dan lain-lain. Tujuan mereka cuma hendak memesong seseorang itu dari agama asal, tidak perlu untuk menjadi Kristian yang baik apatah lagi mematuhi hukum agama tersebut cukup sekadar mengaku Kristian akan dapatlah segala habuan.
Pengakuan itu membawa maksud meninggalkan agama asal dan ianya dilakukan bagi melemahkan agama lain. Ia menyerang masyarakat dunia. Tidak hairan sekarang mereka menggunakan hiburan bagi memancing golongan muda. Cara dakyah sebegini adalah penipuan dan berniat jahat.
Adakah “pendakwah-pendakwah” ini benar-benar Kristian atau mereka yang tidak percayakan agama mempergunakan agama Kristian untuk tujuan merosakkan umat Islam?

Apa pendirian DAP, PKR dan PAS tentang isu nama Allah ini? DAP terang-terang bersetuju nama Allah digunakan oleh agama lain selain Islam, PKR berdolak dalik demi kepentingan politik, sana cakap boleh, sini cakap tak boleh, PAS terbahagi dua, ada kumpulan ahli pengikut majlis syura kata tidak boleh, kumpulan anwaris erdogan kata boleh..

Undi anda penentu samada nama Allah dipertahankan atau dibiarkan orang lain mengunakkan untuk merosakkan umat…

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s