UBAH, memahami perubahan.

Apabila kita diseru untuk UBAH pada PRU13 ini, kita sudah tahu empat perkara iaitu APA nak diubah, “kerajaan”, BILA nak ubah, “selepas pilihanraya”, SIAPA nak diubah, “wakil-wakil kerajaan” BAGAIMANA nak ubah, “undi pembangkang”, KENAPA nak ubah???? Inilah yang perlu diteliti dan difikirkan masak-masak sebelum tindakan UBAH itu dilakukan.

Untuk sebarang proses perubahan, setelah mengenalpasti APA yang hendak diubah, proses pertama adalah membuat penentuan KENAPA perlu ubah. Selepas penentuan ini dibuat proses berikutnya seperti BILA, SIAPA dan BAGAIMANA menjadi mudah dan jelas.

KENAPA adalah satu ayat pertanyaan yang memerlukan jawapan berupa penentuan. Penentuan perlu berdasarkan maklumat. Maklumat perlu berdasarkan kajian, fakta dan bukti. Ia boleh datang dari sumber sahih, sejarah, dan sampel.

UBAH adalah meninggalkan keadaan sekarang dan membentuk keadaan yang berlainan. Untuk menjawab KENAPA perlu ubah, kita kena tahu keadaan sekarang dan diberitahu keadaan yang dihajatkan atau dijanjikan dengan jelas.

a)Langkah pertama, kenalpasti keadaan sekarang iaitu perkara yang hendak diubah. Ia adalah kerajaan yang telah memerintah, segala tindakan dan pelaksanaannya dinilai dan diukur.

b)Langkah kedua,  menilai perubahan yang ingin dibuat dalam tiga aspek iaitu adakah ianya 1) Diperlukan 2) Boleh dilaksanakan, dan 3) Boleh diukur.

c)Langkah ketiga, membuat perbandingan dari keputusan langkah pertama dan kedua. Pada peringkat ini keputusan awal sudah boleh dibuat samada perlu UBAH atau KEKAL.

d)Langkah keempat, menilai risiko gagal. Jika UBAH tetapi gagal apa harga yang perlu dibayar dan jika KEKAL apa nilai yang menguntungkan, diukur secara bandingan.

e)Langkah kelima adalah keputusan akhir untuk KEKAL atau UBAH.

Sekarang kita buat penelitian mengikut langkah-langkah tadi,

a)Langkah pertama – kenalpasti kerajaan yang telah memerintah. ETP dan GTP adalah rancangan transformasi ekonomi dan kerajaan, terdapat juga NKRA, MKRA dan NKEA, sila ke laman sesawang PEMANDU untuk butiran terperinci. Rancangan-rancangan ini telah dikaji dengan terperinci. Ianya 1) Diperlukan 2) Boleh dan sedang dilaksanakan 3) Boleh diukur dan sedang dipantau pencapaiannya. Ia adalah satu rancangan Transformasi yang juga bermaksud UBAH, iaitu kerajaan yang sama sedang berubah. BN adalah sebuah parti gabungan yang menggunakan satu lambang dimana surat tauliah bertanding ditandatangani oleh seorang ketua yang diiktiraf semua komponen. Manifesto diberi nama aku-janji dan bersifat objektif dimana ada angka-angka petunjuk yang perlu dicapai.

b)Langkah kedua – menilai perubahan yang ingin dibuat oleh PR.

1)Sahih -Buku jingga dan seterusnya manisfesto tidak memperjelas rancangan perlaksanaan dan jangkaan secara objektif. PR terdiri dari DAP, PAS dan PKR. Kesepakatan mereka ditahap gagal. Penggunaan nama Allah bagi ugama lain, pelaksanaan hukum hudud, pengurangan kakitangan kerajaan sehingga separuh dan siapa akan jadi PM tidak ada persetujuan bersama. Masing-masing menggunakan lambang sendiri Ada kerusi yang ditandingi oleh lebih dari satu parti gabungan. Mereka telah mengadakan rundingan sebelum ini namun perkara ini masih berlaku dan perlu diingat cuma surat tauliah yang ditandatangani oleh pemimpin parti masing-masing sahaja membolehkan lambang parti digunakan. Bermakna pemimpin setiap parti sedar akan keadaan ini dan merestuinya. Manifesto mereka tidak ada nilai kebolehpercayaan kerana boleh dinafikan oleh mana-mana parti gabungan seperti berbezaan mereka dalam isu-isu diatas. PAS masih bersilat bertepis dengan isu hudud, negara Islam dan nama Allah, PKR berteriak untuk berikan itu ini percuma, DAP diam saja dalam hal manifesto. Apakah DAP ada perancangan sulit yang akan didedahkan cuma setelah mereka menang besar dan berjaya menguasai PR dan kerajaan?

2) Sampel – Pas gagal mengurus isu nama Allah, beberapa kali berdolak dalik dan tidak sependapat antara pemimpin sendiri. PAS dengan sombong dan dan angkuh menghina orang lain dalam soal keagamaan. Sikap riak dan takabur jelas bila menuduh solat orang lain tidak diterima, Allah juga mencarut, mendoakan kehancuran dan kematian orang lain. Bagaimana jika PAS memerintah negara dengan kuasa yang lebih besar lagi? DAP gagal mengurus mesyuarat parti, lebih 700 ahli yang layak tidak dipanggil ke mesyuarat, undi yang sekitar 2000 jumlahnya boleh tersilap kira dan cuma diketahui setelah seminggu. Harga pembinaan terowong dinaikkan dan kemudian diwar-warkan mendapat potongan yang boleh menjimatkan kerajaan negeri lalu diturun kepada harga asal yang masih juga mahal. Rakyat diperbodohkan seperti kanak-kanak belum sekolah, lalu alasan diberi adalah kesilapan menaip. Bodoh sombong mereka adalah menganggap kita yang lain ini bodoh. Malangnya parti gabungan langsung tidak bersuara, rela diperbodohkan dengan begitu hinanya. Bayangkan jika DAP memerintah negara kita, kita akan di tipu hidup-hidup dan mereka akan kata bahawa kita bersetuju untuk ditipu dan kemudianya mengaku tersilap baca kerana ditulis bukan dalam bahasa Mandarin. PKR juga telah berkali-kali membohongi rakyat. Bermula dari kenyataan pemimpin agongnya tentang berkotak-kotak bukti rasuah dan salah-laku, peristiwa  keramat 16 September, sakit tulang belakang, kena racun asenik, disuntik kuman HIV, seorang pemimpin marhaen yang berkain pelikat tak punya harta, seorang ahli fikir yang mampu dilantik jadi pensyarah ekonomi walaupun lulusan sarjanmuda pengajian Melayu. Bayangkan ketiga-tiga parti ini bergabung memerintah negara.

3) Sejarah – Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku 44 tahun dahulu dan masih boleh diceritakan dengan jelas oleh mereka yang berumur 60 tahun keatas. Tanyakan kisah Penyapu Besar yang diarak keliling Kuala Lumpur, Untuk siapa penyapu itu ditujukan? oleh siapa? Waktu itu LKS adalah ketua sayap pemuda DAP dan sekarang LKS adalah penasihat DAP. Imbas kembali peristiwa Memali dan Amanat Hadi, Ingat juga Tragedi Baling dan seorang timbalan ketua yang bersajak pantun akan ketaatsetiaannya dalam perhimpunan agung dan dalam masa sama menusuk duri kebelakang ketuanya. Apakah perubahan-perubahan yang berlaku kepada mereka yang terlibat?

Langkah seterusnya bolehlah dilakukan sendiri, anda semua bijak menilai, dapatkan keputusan sebelum anda pergi mengundi. Samada anda hendak UBAH atau KEKAL bersama perubahan iaitu TRANSFORMASI yang terancang.

Disediakan oleh Kumpulan Pemikir AlWatan.

1 thoughts on “UBAH, memahami perubahan.

Tinggalkan Jawapan kepada JIWA HAMBA Batal balasan