Rehat sebentar …baca surat dulu-dulu…sempena 1hb. Muharram 1434H

1hb. Muharram 1434H.

Surat terbuka buat penjawat awam dan penerima keistimewaan,

Assalamualaikum,

Kebelakangan ini penjawat awam dan penerima keistimewaan sering dihina dan dicaci oleh sebilangan rakyat negara ini sendiri. Ia lebih ketara berlaku di alam cyber terutama di ruang-ruang bukan  berbahasa Melayu. Seolah-olah tiada yang baik pernah dilakukan kepada mereka dan penjawat awam penuh dengan noda rasuah dan penyalahgunaan kuasa, sikap kerja yang malas, sambil lewa dan segala keburukkan sudah menjadi darah daging penjawat awam pada pandangan mereka.

Ada golongan mendakwa kononnya mereka adalah penyumbang terbanyak cukai negara yang digunakan untuk menyara dan memberi makan penjawat awam dan penerima keistimewaan yang tidak berfungsi malah membazirkan wang kerana sifat malas, cuai dan tidak beramanah.

Penghinaan dalam bentuk gurau senda sering bermain dibibir mereka. Pernah terdengar jenaka seorang guru dan seorang murid dimana guru bertanya bila hendak bayar yuran sekolah lalu jawap si-murid tunggu ayahnya akan bayar lepas dia buat “road-block”. Ada orang ketawa dan ada yang tersenyum tetapi saya sedih, Bolehkah kita terima jenaka sanak saudara kita menyara anak bini dengan wang rasuah, sampai yuran pelajaran pun nak tunggu wang rasuah!

Para pegawai-pegawai kerajaan dipandang tidak cekap dan tidak berwibawa, baik jurutera, doktor akauntan dan sebagainya. Golongan mereka dikatakan lebih baik walaupun kita tahu sesetengahnya keluaran universiti yang tidak diiktiraf langsung malah ada juga memegang ijazah palsu. Apabila berlaku sesuatu kesilapan atau kecuaian tentu mereka akan kata “ patut la, pegawai kerajaan, mana ada kecekapan atau kemahiran, harap ada keistimewaan saja !”

Saya juga tidak mahu percaya bahawa setengah taukeh diberi layanan VIP berbanding makcik tua yang terpingga-pingga tidak dilayan apabila datang untuk berurusan. Cuma atas sebab si taukeh ini banyak “menyumbang” sedangkan taukeh yang sama inilah mengungkit dan menghina apabila berada sesama mereka. Antara yang pernah didengari adalah “pakai saja tudung tapi duit kopi tak pernah tolak, kalau bagi lebih sikit rasanya body pun boleh dapat” “Duit bini beranak pun suruh orang bayarkan” “janggut macam orang baik tapi kalau enjoy free tak ingat mati”, “jangan risau, susah beli ikan di pasar lagi dari nak beli pegawai kerajaan ni”.

Dalam pada itu, persepsi orang adalah dari apa yang terlihat oleh mata. Dimana ada sekatan jalanraya oleh pihak berkuasa tentu ada kereta “tonto” dengan cermin gelap berhenti tepi jalan memberi maklumat, mereka saling berpandangan kononnya tiada apa-apa yang dapat dilakukan, dan kemudiannya kita lancarkan AES. Anak remaja kita pun boleh tunjukkan mana satu kedai nombor ekor haram dan kedai judi komputer yang dah beroperasi agak lama dan kita berbangga punyai pasukan polis antara yang tercekap di dunia. Kita juga kata sistem penyampaian awam kita bertambah baik tapi masih ada bersembang di kantin waktu kerja, main game computer, jual kain ela di depan mata kita.

Masa memejam mata telah tamat, kita perlu laporkan kepada pihak yang bertanggungjawab agar tindakan pembetulan dapat diambil, jangan kata anda tidak diperingatkan, kita sudah tidak mampu dihina lagi. Kita juga akan pastikan tindakan diambil untuk setiap laporan, jika tidak, jangan kata kita tidak beri amaran bila ianya dihebahkan.

Kepada mereka yang terus menghina, teruskanlah. Jika benar merekalah pembayar cukai yang menyuap anak bini penjawat awam dan penerima keistimewaan, mereka lupa bahawa pendapatan yang dibelanjakan oleh penjawat awam dan penerima keistemewaan kepada perniagaan merekalah yang menjana untung yang dicukai tadi. Oleh itu, bijaklah berbelanja supaya kita tidak terus dihina lagi. Cukuplah dengan bertolak ansur tak bertempat dah sekian lama.

Para pemimpin yang rasa dah tak diterima dan terlalu banyak buat silap, berundurlah, jangan tunggu dipaksa berundur pula nanti kerana ianya tentu mengaibkan tetapi lebih baik mengaibkan seorang yang sombong dan degil daripada keturunan dan agama diaibkan kerananya. Kita diajar berpegang kepada kemashalatan ummah lebih utama dari kepentingan peribadi.

Akhir kalam, sempena hadirnya Tahun 1434H, insaflah, pertahankan hak dan maruah, dengan keringat maupun darah, semoga anak cucu kita tidak mengemis di bumi nenek moyang kita ini, atau kita masih mahu terus leka sampai nanti kubur kita diludahi anak cucu sendiri kerana menjual maruah lalu akibatnya mereka merempat, dihina, hilang harga diri….

Yang benar,

Pak Su Al-Kurauwi

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s