Tahap kefahaman sahsiah…

Fasa terakhir kempen. Tinggal lagi 30 jam sebelm tempoh berkempen tamat. Kerabat AlWatan telah membuat tinjauan perkembangan kempen di  kawasan luar bandar. Beberapa temubual dengan  pengundi telah dilakukan dan didapati ramai dikalangan mereka tidak memahami dan membezakan kawasan/ahli Parlimen dan kawasan/ahli Dewan Undangan Negeri. Fungsi serta bidang tugas hakiki kedua-dua jawatan itu juga tidak difahami oleh sebahagian besar pengundi luar bandar.

Tidak hairanlah kenapa kita melihat hujahan-hujahan kempen yang memberi gambaran tidak selari dengan fungsi kedua-dua jawatan iaitu AP (Ahli Parlimen) dan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri). Pengundi disogokkan dengan isu pemimpin tempatan, pemimpin yang selalu turun padang, bersama rakyat dan sebagainya. Memang benar, pemimpin perlu berdamping dengan rakyat supaya dapat mengetahui permasalahan yang dihadapi dan seterusnya membawa ke Parlimen atau DUN untuk dibahaskan. Disamping itu AP juga akan membahaskan soal-soal dasar negara, undang-undang dan sebagainya. Begitu juga ADUN yang akan membahaskan perkara-perkara dasar dalam pemerintahan kerajaan negeri.

Yang paling menyedihkan, ramai pengundi tidak memahami bahawa ADUN ada hak menentukan Menteri Besar dan AP ada hak menentukan Perdana Menteri. Mereka juga kurang jelas bahawa sesebuah parti itu memerlukan bilangan wakil yang lebih bagi membolehkan parti mereka menubuhkan kerajaan. Samada kerajaan pusat melalui Parlimen atau kerajaan negeri melalui DUN.

Kenangan pilihanraya 2008 di Perak masih segar di ingatan. Di ceruk kampong penyokong parti yang menang bergembira mengadakan kenduri kesyukuran. Malangnya tidak sampai seminggu mereka dikejutkan dengan kepimpinan negeri yang dikuasai oleh orang lain. Walaupun kemudiannya jawatan menteri besar dapat disandang oleh orang mereka namun mereka sedar itu hanyalah sekadar boneka sahaja.

Diantara tahun 2008 hingga ke tahun 2013, masyarakat kita masih tidak berkesempatan diberi kefahaman tentang kedudukan ahli Parlimen dan ahli Dewan undangan negeri ini.

Sekarang suasana yang sama berulang, kita tidak sedar akan kehilangan kuasa jika salah perhitungan. Menang sorak kampong tergadai. Menang bertelingkah kalah berperang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s