PRU13..Bagaimana sejarahnya akan dicorakkan.

Tempoh berkempen secara rasminya telah tamat. Lapan jam tempoh berehat sebelum proses mengundi dijalankan. Sejarah sedang dipahat.

Sejarah berkempen telah  dilakari untuk diingati oleh semua, ahli parti dan rakyat umumnya. Coretan sejarah pengundian akan dititipkan beberapa jam lagi dan seterusnya peristiwa-peristiwa sewaktu pengumuman keputusan dan waktu-waktu selepasnya akan tercatat juga.

Dari pergerakan fizikal dan gelora emosi dapat dirasakan akan ada peristiwa-peristiwa menarik berlaku. Kegairahan penyokong PR nampaknya telah mula dizahirkan ke jalanraya. Pastinya momentum ini akan berterusan sewaktu pengundian dan sewaktu pengumuman dibuat. Menang atau kalah mereka akan berhimpun. Ini telah dirancang.

Jika PR menang, mereka akan menawan bangunan-bangunan kerajaan kononnya bagi mengelak dari dokumen-dokumen penting dilarikan oleh kerajaan sebelumnya. Ini sejarah yang pernah berlaku dulu. Dimasa yang sama mereka akan menghina, mengejek dan menghalau pihak yang kalah. Fitnah-fitnah tentang kesalahan besar pemerintah terdahulu disebarkan.

Jika PR kalah, mereka akan menyerang dan cuba mengambil alih agensi kerajaan yang terlibat dengan pilihanraya untuk mencari bukti penipuan. SPR adalah sasaran utama. Dalam masa yang sama rusuhan akan berlaku dengan alasan pihak yang menang menipu.

Pemberita luar negara akan menyiarkan berita keseluruh dunia. Kerajaan luar akan mula memberi reaksi mereka.

Dalam kedua-dua keadaan, pasukan keselamatan memikul tanggungjawab sangat berat. Bermula dengan PDRM seterusnya ATM akan terlibat. Profesionalisma, moral dan kesetiaan mereka akan diduga. Peringkat ini mudah dijangka kerana dari awal lagi para pakar strategi PR telah mencaturkan pasukan keselamatan dengan penarikan masuk ramai bekas pegawai tinggi pasukan keselamatan dari PDRM dan ATM kedalam kumpulan mereka. Waktu inilah mereka akan diperguna untuk memecahbelahkan pasukan keselamatan.

Keadaan menjadi kucar-kacir, mobiliti lumpuh, diikuti ekonomi dan masyarakat resah. Akhirnya perubahan radikal terhadap sistem pemerintahan pun berlaku. Republik Malaysia muncul.

Sinario sebegitu adalah andaian berasaskan petunjuk-petunjuk yang ada. Ia masih boleh dielakan. Pihak keselamatan sudah tentu mempunyai rancangan pencegahan dan tindakan kawalan. Mereka terpaksa menghadapi dua kumpulan yang bertentangan.

Bagi mengurangkan tekanan kepada pihak keselamatan, masyarakat perlu bertindak bijak. Masyarakat perlu menghidari dari terlibat dengan sebarang bentuk rusuhan. Tugas pasukan keselamatan akan menjadi separuh mudah jika salah satu pihak yang bertentangan tidak bertindak balas dan secara strategik mengambil sikap memerhati dan melengahkan keghairahan pihak satu lagi. Jika pasukan keselamatan dapat mengawal keadaan, sebarang perubahan corak pemerintah negara tidak akan berlaku secara drastik dan radikal.

Mampukah rakyat Malaysia bersikap begitu? Dari petunjuk yang ada ianya amat sukar.

Kumpulan Pemerhati AlWatan berdoa agar negara Malaysia kekal aman walau apa juga keputusan PRU13 ini nanti.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s