Sekali air bah,…adakah pantai berubah? Siri 1.

     Jemaah menteri telah diumumkan. KP AlWatan cuba memerhati perubahan yang  diketengahkan. Untuk siri pertama, pemerhatian dibuat kepada Jemaah menteri secara keseluruhan.

     Perdana Menteri mengetuai Kementerian Kewangan berserta seorang Menteri Kewangan kedua. Timbalan Perdana Menteri pula mengetuai Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi berserta seorang Menteri kedua. AlWatan melihat kemungkinan TPM menerajui Kementerian Dalam Negeri atas keperluan semasa untuk melihat lebih ketegasan kementerian tersebut tidak menjadi kenyataan.

     Terdapat 23 kementerian berbanding 24 kementerian sebelumnya. Tidak ada kementerian baru cuma susunan semula kementerian menyaksikan perubahan tersebut. Kementerian Pelajaran dan Kementerian Pengajian Tinggi disatukan menjadi Kementerian Pelajaran da Pengajian Tinggi. Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan ditukar kepada Kementerian Komunikasi dan Multimedia. Kebudayaan diletakkan dibawah Kementerian Pelancongan menjadikannya Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan. Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan dijadikan Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar sekarang hanya dikenali Kementerian Wilayah Persekutuan. Perubahan ini dilihat untuk menyesuaikan dengan kemampuan dan keperluan menteri-menteri yang terlibat menerajui kementerian berkenaan. Namun beberapa kementerian dilihat boleh dirombak dan disatukan seperti Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air boleh disatukan dengan Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi. Tiga kementerian yang bersangkutan dengan wilayah persekutuan, kemajuan luar bandar dan wilayah, kesejahteraan bandar, perumahan dan kerajaan tempatan boleh dijadikan dua kementerian sahaja. Pertanian, industri asas tani, perusahaan perladangan dan komoditi yang melibatkan dua kementerian boleh dijadikan satu kementerian. Jika ini berlaku maka kabinet dikecilkan kepada 20 kementerian. Perlu dipertimbangkan bahawa kita memiliki saiz kabinet yang agak besar berbanding negara lain. Itu bukanlah perkara utama tetapi yang lebih penting supaya tidak ada pertindihan bidangkuasa yang kadangkala mengujudkan kecelaruan dan terlepas pandang. Inilah yang dilakukan kepada Kementerian Pelajaran dan Pengajian Tinggi.

     Kita tidak mahu tanggapan kabinet sengaja dibesarkan bagi memenuhi keperluan tuntutan jawatan menteri untuk parti-parti komponen. Perdana Menteri perlu ada jawapan rasional bagi memperbetulkan tanggapan ini. Ingatlah, kesan tanggapan (persepsi) kepada masyarakat jika tandatanya tidak ditangani dengan baik.

     Satu lagi perkara yang menarik perhatian adalah perlantikan lapan menteri dan dua timbalan menteri di jabatan perdana menteri berbanding enam menteri dan lima timbalan menteri dalam kerajaan sebelumnya. Siri kedua “Sekali air bah,..adakah pantai berubah? akan mengulas dari sudut pandang KP AlWatan tentang perkara ini.      

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s