SPAD, pengusaha bas dan rakyat yang nak balek raya.

Tambang bas naik antara 10% hingga 30% semasa musim perayaan Aidifitri akan datang. Itu rumusan KP AlWatan. PMBOA (Persatuan Pengusaha Bas seluruh Malaysia) menuntut dinaikkan 30% dan SPAD meluluskan kenaikan 10%. Telah menjadi kebiasaan perangai peniaga-peniaga tertentu tidak mempedulikan arahan kerajaan. Seperti dijangka juga, kerajaan akan memberi amaran demi amaran sehingga tamat musim perayaan dan kita pun berdebat isu lain pula.

Kenapa peluang menambahkan perjalanan bas dengan bas tambahan direbut oleh pengusaha-pengusaha bas jika ia tidak memberi pulangan lumayan? Sudah pasti musim perayaan yang lepas ramai rakyat terkandas kerana kekurangan bas walaupun tawaran permit sementara dikeluarkan tetapi tidak dapat sambutan pengusaha kerana tidak membawa keuntungan.

Keraguan timbul selepas memikirkan persoalan diatas. Bukankan ini satu ugutan dan cubaan “tunjuk kuasa” sesetengah pihak? Apakah ada kaitan dengan isu-isu yang berlegar pasca PRU13? Kenapa sekarang? Kenapa waktu perayaan Aidilfitri?

SPAD sedia pertimbangkan permintaan PMBOA dan langkah membenarkan kenaikan 10% itu bagi membantu menampung kos operasi pengusaha bas. Oleh itu rumusannya SPAD ditubuhkan untuk menjaga kebajikan dan keuntungan pengusaha-pengusaha pengangkutan awam darat.

Ya, memang benar ada syarikat bas yang gulung tikar tapi ada syarikat bas yang mampu memiliki bas yang baru dan mewah, tapak baik pulih dan simpanan bas yang besar. Ianya bukanlah tersorok sangat pun, ramai yang nampak. Dimana masalahnya? Tambang atau pengurusan?

Dua perkara perlu diselesaikan. Pertama adalah perkhidmatan bas yang mencukupi pada musim perayaan ini. Kedua, kewajaran dan kadar kenaikan tambang yang patut dibenarkan.

 Membandingkan kedua-duanya, perkara pertama lebih utama didahulukan. Cadangan KP AlWatan adalah supaya SPAD bertindak sebagai pengelola untuk mengumpulkan bas-bas milik jabatan dan agensi kerajaan termasuk IPTA dan SBP yang rakyat lihat mewah dan canggih tetapi jarang digunakan itu untuk digerakkan waktu perayaan ini. Untuk pemandu pula jika tidak mencukupi, iklan kepada masyarakat tawaran menjadi pemandu sementara atau gunakan khidmat ATM, barulah ada “Blue Ocean Strategy” versi Malaysia yang dibanggakan itu.

Bagi perkara kedua pula, buatlah kajian lebih terperinci dan telus. Pentingkan matlamat asal iaitu “rakyat didahulukan”, walk the talk. Olahkan strategi perniagaan baru yang membolehkan perkhidmatan pengangkutan awam darat ini menjadi cekap(efficient), mencukupi(sufficient) dan mampu dilanggani  (affordable). Cuba bukakan permit kepada lebih ramai entrepreneur. Galakkan koperasi-koperasi menceburi bidang ini. Adakah Kementerian dan SPAD masih mahu memastikan pengusaha sedia ada mendapat jaminan keuntungan walaupun dengan pengurusan yang lemah lalu rakyat perlu membayar harganya? PRU14 lima tahun dari sekarang.

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s