Kenapa Beli Dari Peniaga dan Pengusaha Melayu?

       “Don’t forget that the chinese community pay the most taxes in Malaysia” adalah kata-kata angkuh yang keluar dari mulut Lim Guan Eng pada minit ke2.45, semasa debat “LGE vs CSL 2.0” tahun lepas. Tafsirkan yang tersirat dari kata-kata itu. LGE ingatkan Melayu supaya jangan lupa selama ini hidup atas ihsan dan bantuan orang cina melalui cukai yang dikutip dari orang cina.

        Entah disengajakan atau tidak,  CSL tidak menyanggah kenyataan itu. Biasalah, itu permainan mereka.

        Kalau ya pun cina pembayar cukai terbanyak, Melayu juga penyebabnya. Kebanyakan perniagaan dimiliki oleh cina. Melayu ramai makan gaji dengan kerajaan ataupun swasta. Gaji yang Melayu dapat dibelanjakan di kedai cina. Cina untung berniaga, ada sesetengah yang bayar cukai tapi ramai jugak yang lari dari cukai dengan segala bentuk penipuan. Sedih sungguh mengenangkan akan Melayu yang tak kisah walau dihina kerana tak ramai Melayu marah apabila LGE keluarkan kata-kata angkuh itu.

        PRU13 memperlihatkan isi hati sebenar cina di Malaysia tapi masih ramai Melayu yang tak kisah. Segelintir mereka yang kisah cuba nak menebus balek maruah Melayu yang tinggal cebisan kecil dibuminya sendiri.

        LGE memperingatkan kita supaya tidak lupa bahawa cina adalah kaum yang paling banyak membayar cukai maka kita jangan sekali-kali lupa dan perlu mengimbangkan keadaan ini. Untuk membolehkan Melayu menyumbang lebih kepada cukai negara, Melayu perlu berniaga. Perniagaan Melayu perlu untung. Untuk memperoleh untung pelanggan perlu ramai dan jualan perlu banyak. Mari kita ajak cina beli dari kedai Melayu atau Melayu sendiri kena sedar yang cina tak pernah menyokong perniagaan Melayu jika ia memberi persaingan kepada perniagaan cina.

        Inilah sebab kenapa kempen Mesti Beli Barangan Keluaran Melayu Islam Bumiputra wajib kita sokong. Kita cuma mahu perbetulkan ketidakseimbangan yang disuarakan oleh LGE. Tentu LGE juga mahu keadaan itu diperbetulkan, kalau tidak kenapa dia kata begitu.

        Tengok di cermin, masih adakah maruah dan harga diri aku seorang Melayu di bumi bernama Tanah Melayu ini?….

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out /  Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out /  Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out /  Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out /  Tukar )

Connecting to %s