Sains dan Matematik bersama Tun

Seperti ulasan pada hantaran Tun di chedet.cc,…

Salam sejahtera Tun,

Pada awalnya, pelaksanaan PPSMI agak bersemangat diperingkat murid dan guru-guru. Banyak kelas bimbingan bahasa Inggeris diadakan bagi membantu murid. Ada kelas bimbingan berbayar, ada yang diusahakan pertubuhan sukarela, dan  ada yang ditaja. Ramai guru hadiri kelas-kelas bahasa Inggeris untuk meningkatkan kemahiran mereka.

Berlaku penentang oleh segolongan orang politik dan “pejuang Bahasa Melayu” bersama “pejuang bahasa ibunda” berserta para seniman, sasterawan dan tak kurang juga para cendekiawan.

Penentangan mereka bersandar 3 ukuran utama, prestasi murid diukur dari kedudukan TIMSS, percangahan kepada Perkara 152 Perlembagaan, dan pembelajaran sains dan matematik dalam Bahasa ibunda memudahkan guru dan murid.

Kemuncaknya, perarakan keranda ke istana negara pada Mac 2009 bagi menyerahkan memorandum kepada Yang Dipertuan Agong.

Antara tuntutan mereka adalah mendaulatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan, menyelamatkan bahasa ibunda, meningkatkan pengajaran bahasa Inggeris di sekolah, dan tentunya mansuhkan PPSMI.

Berdaulatkah Bahasa Melayu selepas PPSMI diamansuhkan sejak 2012? Hakikatnya bahasa kebangsaan dibangsatkan sehina-hinanya.

Penguatkuasaan pengunaan bahasa kebangsaan bagaikan tidak ujud. Bahasa Inggeris dan “bahasa-bahasa lain” digunakan sewenang-wenangnya, di papan-papan iklan, papan kenyataan di bangunan-bangunan kerajaan, laman sesawang kementerian MOF, MOH, MOA, MOE, , surat-menyurat, siaran-siaran rasmi kerajaan, ucapan dan kenyataan menteri, nama-nama agensi kerajaan RTC, UTC. Lihat nama-nama untuk taman perumahan maupun pangsapuri, Shaftsbury Avenue dimana?..Terlalu panjang untuk disenaraikan.

Dimana “pejuang Bahasa kebangsaan”, “pejuang perkara 152”, para cendekiawan? Bila nak arak keranda ke istana negara? Tidak, mereka tak kesah kerana anak-anak mereka belajar disekolah antarabangsa.

Lihat pula buku teks matematik dan sains di sekolah, Istilah-istilah yang diMelayukan berselerak di setiap mukasurat.

Matematik dan Sains adalah asas penting untuk kejuruteraan dan teknologi. Terlalu sukar menangani kejuruteraan dan teknologi dengan bahasa selain bahasa Inggeris. Memperkasa bahasa Inggeris sahaja tanpa melibatkan pembelajaran matematik dan sains seterusnya kejuruteraan dan teknologi tidak membantu apa-apa.

Kebolehpasaran tenaga kerja bergantung kepada keupayaan berhubung di dunia tanpa sempadan dan bahasa utamanya adalah bahasa Inggeris.

Anggapan PPSMI akan membuka jurang antara pelajar bandar dan luarbandar tidak benar malah sebaliknya. Menidakkan peluang mempelajari matematik dan sains dalam bahasa Inggeris menyebabkan pelajar luarbandar tidak dapat bersaing dipasaran pekerjaan kerana pelajar bandar masih boleh berbahasa Ingeris dengan baik hasil dari pendedahan persekitaran bandar. Nak jadi crew kedai makanan segera pun bahasa Inggeris diutamakan.

Masuk universiti, kejuruteraan dan teknologi diajar dalam bahasa Inggeris. Ada pensyarah dan pelajar luar negara, sumber rujukan juga dari luar negara. Nak bertanding peringkat antarabangsa pun dalam bahasa Inggeris.

Kepada yang berjaya terlepas masuk alam pekerjaan, apabila dihantar berseminar atau bersimposium, akan duduk sekumpul di bucu dewan sesama mereka, datang sekadar memenuhi arahan, tak faham apa yang dibincangkan jauh sekali nak bina jaringan. Mampukah mereka membina kerjaya?

Apabila perlu membuat kajian kejuruteraan dan teknologi, sumber terkini dan termaju yang boleh dicapai di alam maya semuanya dalam bahasa Inggeris. Bolehkah kita dapat hasil kajian yang baik?

Apabila berurusan dalam rantaian bekalan dan pemasaran peringkat antarabangsa semuanya dalam bahasa Inggeris.

Tidak hilang kedaulatan bahasa kebangsaan jika penguatkuasaan penggunaannya diperketatkan. Tidak akan hilang bahasa Melayu jika kita tahu bila dan dimana nak guna bahasa apa. Manusia mampu menguasai lebih dari satu bahasa dengan sedikit usaha.

Mempertahankan bahasa ibunda? Pertahankanlah dirumah masing-masing. Apabila keluar bermasyarakat patuhilah perlembagaan negara, jangan melampau.

Amat bersetuju dengan Tun. Perkasakan bahasa kebangsaan dan ajarkanlah matematik dan sains dalam bahasa Inggeris. Hentikanlah retorik perjuangan bahasa kebangsaan, bahasa ibunda, dan Perkara 152.

Tinggalkan komen