DAP hancur Melayu, menjawab Tun.

…seperti yang dihantar ke ruang komen di tulisan Tun bertajuk “DAP hancur Melayu”, blog Chedet….

Salam bahagia dan selamat berpuasa Tun,

Tun membicarakan tentang takut dan malu serta baculnya orang Melayu. Berani tak bertempat juga bodoh namanya sampaikan orang nak screw pun percaya juga. Mungkin Tun terlalu sibuk untuk melihat dan mendengar apa yang diperkatakan kepada penggundi Cina oleh DAP terhadap Tun semasa kempen pilihanraya lalu, atau Tun lihat dan dengar tetapi bacul untuk menjawab kejian dan penghinan itu.

Tun mungkin ada persamaan dengan DAP, selalu menganggap Melayu senang diperbodohkan. Dengan menggula-gulakan orang Melayu untuk menutup mulut, membeli hati dan mempergunakaan mereka. Ya, memang ada Melayu sebegitu, jika tidak takkan tanah resab Melayu menyusut sekali, dadah di kalangan anak Melayu begitu teruk, Bahasa Melayu hancur, Perlembagaan sudah tidak dihormati. Sedangkan pemerintahan kononnya di tangan Melayu, pembuat dasar Melayu, pentadbir Melayu, penguatkuasa Melayu, kerani pun Melayu, budak suruhan yang dibahasakan “Ahmat” oleh tokey-tokey itu pun Melayu.

Namun, Melayu juga cepat suaikan diri, muhasabah dan berubah, seperti juga perubahan dari menyokong segala pandangan dan menghormati Tun kepada sebaliknya. Orang Melayu resah dengan cara pemerintahan Tun Bersama DAP selama 22 bulan. Keputusan beberapa pilihanraya kecil lalu menjadi kayu pengukur. Ramai masih simpati kerana percaya Tun sebagai PM hilang kawalan terhadap DAP, tetapi apabila Tun mengaku bahawa segala tindakan dan dasar kerajaan adalah dibawah pengetahuan dan persetujuan Tun maka tiba masanya simpati berubah menjadi benci.

Banyak berlaku selama 22 bulan DAP di Putrajaya. Mungkin Tun ingat Melayu terlalu bodoh untuk dapat tahu. Banyak cerita tentang penasihat dan pegawai-pegawai khas yang dibawa masuk mengubah dan mengarah itu ini kepada pegawai-pegawai kerajaan di kementerian-kementerian yang dikuasai mereka. Kementerian yang terlibat pula penting-penting belaka. Walaupun ada sesetengah kementerian menterinya Melayu dengan timbalannya DAP tetapi timbalan lebih berkuasa sebab menteri Melayunya dungu. Dasar dan halatuju baru mula membentuk corak. Betullah jika Tan Sri Muhyiddin ada kata “tidak boleh tunggu lagi, sekaranglah masanya”.

Untuk pernyataan terakhir Tun yang “DAP tidak mungkin hancur Melayu” ianya sangat tidak boleh diterima bila menilai dasar parti mereka, gerakan “Malaysian Malaysia”, tingkahlaku mereka pada 13Mei69, “deklerasi Setapak” dan deklerasi lainnya serta tindak tanduk sepanjang keujudan mereka.  Menolak DAP tidak bermakna bersetuju menerima pemimpin Melayu penyamun yang rasuah, salahguna kuasa dan buruk perilakunya. Selepas menolak DAP, pemilihan akan dibuat di antara pemimpin yang ada yang terbaik di antara mereka. Kebencian kepada seseorang yang dituduh penyamun lalu sanggup memberi kuasa kepada musuh bangsa bermaharajalela adalah tindakan bodoh. Melayu cerdik tentu boleh menewaskan penyamun dan menghapuskan musuh sekaligus. Mungkin Melayu lain mampu lakukannya dan bukan Tun.