PRU13 Psywar dan akibatnya.

Tempoh berkempen sudah sampai penghujung. Inilah waktu-waktu yang genting dimana khabar angin dan perang sikologi (psywar) berlaku cukup sengit. Banyak berita akan keluar yang belum tentu sahih atau palsu. Fitnah dan tipu muslihat akan memjadi-jadi.

Selepas jam 12 tengah malam ini, kempen politik dilarang namun AlWatan percaya kempen bisik-bisik dan sms akan berterusan sehingga esok petang.

Selepas petang esok, berita-berita tentang keputusan akan tersebar berserta dengan “kejadian-kejadian” tertentu yang juga belum tentu kesahihannya.

Pada waktu sekarang emosi pengundi akan dimainkan dengan sentimen benci, marah, kesal, dan simpati. Elemen-elemen yang akan digunakan adalah agama, bangsa, kelompok, dan individu. Isu-isunya pula adalah segala bentuk salah-laku seperti kekejaman, pembohongan dan sebagainya. Pembuktiannya akan dikaitkan dengan fakta-fakta salah dan diputarbelikan, saksi-saksi palsu, dokumen dan gambar yang diubahsuai.

Satu lagi teknik serangan psywar adalah penyamaran. Pihak lawan akan menyamar dan menyusup masuk untuk melakukan sesuatu yang boleh menyebabkan kerosakkan di pihak satu lagi dari segi reputasi dan persepsi pengundi-pengundi terutama yang masih “atas pagar”.

Perkara ini akan terus berlaku sehingga keputusan diumumkan. Pada waktu itu matlamatnya berbeza, pihak yang kalah akan cuba memberi persepsi keraguan terhadap keputusan dan membuat provokasi agar keputusan ditolak.

Untuk itu berhati-hatilah, pastikan keselamatan diri dan keluarga sentiasa dilindungi.

Selamat mengundi.

PR menang Kit Siang Menteri Dalam Negeri kata Karpal.

Karpal Singh telah membuat satu pengumuman di Pulau Pinang malam semalam bahawa jika Pakatan Rakyat Menang, Anwar akan jadi Perdana Menteri dan akan ada dua Timbalan Perdana Menteri iaitu Hadi Awang dan Lim Kit Siang. Lim Kit Siang juga akan memegang jawatan Menteri Dalam Negeri. Sila rujuk portal berita pro-pembangkang “Malaysian Insider”.

Jika ini benar-benar terjadi, apa tindakan Lim Kit Siang seterusnya?

 AlWatan menjangkakan :

1)      Perkara 153 perlembagaan berkaitan hak istimewa orang Melayu dikaji semula.

2)      Pensempadanan semula kawasan pilihanraya akan dibuat bagi membanyakkan kerusi parlimen dikawasan bandar yang sememangnya menjadi kubu kuat mereka.

3)      Petronas akan distruktur semula memastikan ianya dikawal sepenuhnya oleh mereka.

4)      Agensi-agensi yang membantu meningkatkan ekonomi bumiputra akan di bubarkan. MARA, PNB, dan lain-lain tinggal sejarah.

5)      Struktur perkhidmatan awam dirombak semula, jawatan-jawatan penting setiap kementerian akan diisi dengan pengikut setia mereka.

6)      Sistem pendidikan akan diubah kearah sekular sepenuhnya.

7)      Tanah-tanah resab Melayu akan diambil untuk pembangunan kerajaan menyebabkan pemilikannya akan berkurangan.

8)      Pentadbiran agama Islam akan diambilalih oleh mereka yang berfahaman liberal.

9)      Agama-agama lain akan diletakkan sebaris dengan agama Islam.

10)  Bahasa kebangsaan akan ditambah menjadi empat iaitu Melayu, Mendarin, Tamil dan Inggeris.

11)  Budaya Melayu bukan lagi teras, pakaian Melayu bukan lagi pakaian rasmi negara.

12)  Akhir sekali, rancangan jangka panjang mereka mengubah negara menjadi sebuah Repablik Sekular akan terlaksana.

Semoga Allah melindungi bumi Tanah Melayu dan Borneo dengan membukakan hati para pengundi untuk mengundi dengan penuh kesedaran akan akibat dimasa hadapan.

Kepada penyokong BN pertingkatkan usaha menyebarkan kesedaran kepada pengundi-pengundi lain. Kepada mereka yang belum membuat keputusan siapa yang hendak dipilih, fikirkanlah sedalam-dalamnya untuk PRU13 ini, dalam keadaan sekarang ini bukan masa untuk cuba-cuba, sekali terlepas pasti tidak akan dapat dikembalikan lagi. Kepada penyokong PAS, pertimbangkan juga dengan hati yang lapang dan tenang, menang sorak kampong tergadai, kerana nyamuk kelambu dibakar, yang dikejar tak dapat, yang dikendong keciciran, , telunjuk lurus kelingking berkait, bagai melepas anjing tersepit disangka menjilat, mengigit pula, sesal kemudian tidak berguna…Semoga kita semua dilindungi Allah hendaknya.

13 Mei …mengenang kembali…

Tak dapat tidak teringin juga nak cerita sudut pandang tentang 13 Mei 69.
Kalau tak silap ketika itu LKS adalah ketua sayap pemuda DAP. Tak tahu sama ada UMNO yang buatkan dan suruh pemuda-pemuda Cina bawa penyapu besar dan menjerit-jerit memaki hamun, menghalau dan menghina orang Melayu. Ia berlaku di Kuala Lumpur dan pergaduhan juga berlaku di beberapa bandar.
Namun di tempat-tempat lain keadaannya berbeza, masing-masing lebih mengambil tindakan bertahan. Orang Melayu di kampong bersiap dengan parang dan buluh tajam, orang Cina di kampong nelayan atau kebun sayur juga begitu. Tidak ada serang-menyerang, lebih kepada mempertahankan diri. Ada beberapa orang dari kedua-dua pihak yang menjadi pengantara, saling memberi maklumat, bila tercetus kekecohan, akan segera disiasat dan maklumat disampaikan untuk mengelak salah faham. Pertumpahan darah dapat dikekang.
Pada masa itu orang Melayu tiada minat berniaga, hampir setiap kampong ada kedai runcit Cina. Mereka ini tidak diapa-apakan, kerana sudah terbiasa hidup bersama, malah orang kampung memastikan sahabat Cina mereka tidak diapa-apakan oleh orang luar. Ya, pergaduhan berlaku juga di sana-sini, tetapi tidak merebak.
Sekarang bagaimana? Beruntunglah masih ramai orang Melayu terutama di kampong yang tidak pedulikan apa yang berlaku di alam cyber. Yang selalu ke alam cyber lebih cenderung ke alam cyber Melayu. Diharap dan menyeru agar ada pengiat-pengiat di alam cyber berbahasa Inggeris dapat mengalih bahasakan apa yang diperkatakan tentang orang Melayu dan sampaikan kepada seramai khalayak Melayu yang boleh.
Atau lebih mudah mereka yang menulis di ruang cyber dan akhbar Cina hantarkan juga alihbahasa ke akhbar Melayu. Ini penting supaya orang Melayu sedar apa yang orang lain kata tentang mereka dan kemudiannya mereka akan menerimanya dengan lapang dada.
Sudah lama pohon dibaja, berbunga sudah berputik pun sudah, apa nak halang buah meranum, baru tahu masam manisnya. Sekian…

Tahap kefahaman sahsiah…

Fasa terakhir kempen. Tinggal lagi 30 jam sebelm tempoh berkempen tamat. Kerabat AlWatan telah membuat tinjauan perkembangan kempen di  kawasan luar bandar. Beberapa temubual dengan  pengundi telah dilakukan dan didapati ramai dikalangan mereka tidak memahami dan membezakan kawasan/ahli Parlimen dan kawasan/ahli Dewan Undangan Negeri. Fungsi serta bidang tugas hakiki kedua-dua jawatan itu juga tidak difahami oleh sebahagian besar pengundi luar bandar.

Tidak hairanlah kenapa kita melihat hujahan-hujahan kempen yang memberi gambaran tidak selari dengan fungsi kedua-dua jawatan iaitu AP (Ahli Parlimen) dan ADUN (Ahli Dewan Undangan Negeri). Pengundi disogokkan dengan isu pemimpin tempatan, pemimpin yang selalu turun padang, bersama rakyat dan sebagainya. Memang benar, pemimpin perlu berdamping dengan rakyat supaya dapat mengetahui permasalahan yang dihadapi dan seterusnya membawa ke Parlimen atau DUN untuk dibahaskan. Disamping itu AP juga akan membahaskan soal-soal dasar negara, undang-undang dan sebagainya. Begitu juga ADUN yang akan membahaskan perkara-perkara dasar dalam pemerintahan kerajaan negeri.

Yang paling menyedihkan, ramai pengundi tidak memahami bahawa ADUN ada hak menentukan Menteri Besar dan AP ada hak menentukan Perdana Menteri. Mereka juga kurang jelas bahawa sesebuah parti itu memerlukan bilangan wakil yang lebih bagi membolehkan parti mereka menubuhkan kerajaan. Samada kerajaan pusat melalui Parlimen atau kerajaan negeri melalui DUN.

Kenangan pilihanraya 2008 di Perak masih segar di ingatan. Di ceruk kampong penyokong parti yang menang bergembira mengadakan kenduri kesyukuran. Malangnya tidak sampai seminggu mereka dikejutkan dengan kepimpinan negeri yang dikuasai oleh orang lain. Walaupun kemudiannya jawatan menteri besar dapat disandang oleh orang mereka namun mereka sedar itu hanyalah sekadar boneka sahaja.

Diantara tahun 2008 hingga ke tahun 2013, masyarakat kita masih tidak berkesempatan diberi kefahaman tentang kedudukan ahli Parlimen dan ahli Dewan undangan negeri ini.

Sekarang suasana yang sama berulang, kita tidak sedar akan kehilangan kuasa jika salah perhitungan. Menang sorak kampong tergadai. Menang bertelingkah kalah berperang.

Ucapan Lim Kit Siang di Pulau Pinang…

Berikut adalah petikan kata-kata Lim Kit Siang kepada penyokong PR semasa perhimpunan Mega di Pulau Pinang semalam 29/04/13 mengikut laporan Malaysian Insider, satu portal berita pro pembangkang. “Let us in this election stand up and dare to dream the great dream of a Malaysia of justice, good governance, freedom and in which all are regarded as Malaysians first and last,” he told supporters.

Jika di alih bahasakan  ia bermaksud” Mari kita dalam pilihanraya ini berdiri dan berani untuk impikan satu impian besar sebuah Malaysia yang adil, pemerintahan yang baik, kebebasan dan dimana semua dianggap  sebagai Malaysian yang pertama dan terakhir”

Itu yang diucap oleh LKS. Yang penting adalah maksud sebenar yang dia cuba sampaikan dan maksud tersirat didalam ucapan itu.

Apa yang dapat ditafsirkan adalah terbahagi kepada empat:

1)    “Malaysia of justice” atau “Malaysia yang adil” – dari pandangan beliau pada masa ini Malaysia tidak adil terutamanya soal teras iaitu agama Islam sebagai ugama persekutuan, hak bumiputera disisi perlembagaan dan budaya Melayu yang menjadi teras budaya kebangsaan. Ini yang sangat dia tentang dan hendak UBAH.

2)    “good governance” atau “pemerintahan yang baik” bermaksud pemerintahan yang diterajui oleh UMNO dalam BN tidak baik, dengan pemerintahan tersusun seperti wawasan 2020, GTP, ETP masih tidak sebaik DAP yang tersilap kira tak sampai 2000 undi semata-mata nak memenangkan seorang budak cina masuk melayu bagi menutup pekung rasis mereka dan kesilapan itu diketahui selepas seminggu. Menaikan harga projek terowong bawah laut dan kemudian umumkan kononnya kerajaan Penang berjaya berjimat dengan turunkan harga balik kepada harga asal. Apabila dibongkar penipuan ini, dengan muka selamba tak tau malu LGE kata salah taip. Inikah kerajaan lebih baik yang PR tawarkan kepada rakyat?

3)    ‘freedom” atau “kebebasan” bermaksud tiada lagi teras negara Semua agama bebas dan setaraf, bertukar agama dibolehkan termasuk oleh orang Islam tanpa larangan. Hak asasi mengatasi soal amalan dan moral. Azan tidak boleh dilaungkan kerana menggangu ketenangan orang lain, perkahwinan sejenis dibolehkan dan layak mengambil anak angkat, seks songsang tidak menjadi kesalahan asalkan tiada paksaan dan suka-sama-suka. Semua orang bebas menggunakan apa juga bahasa dan kerajaan harus menghormatinya, kakitangan kerajaan perlu belajar dan mampu berbahasa cina dan lain-lain bagi melayani mereka dalam urusan dengan kerajaan.

4)    Akhir sekali dan yang paling utama adalah” all are regarded as Malaysians first and last,” atau “semua dianggap  sebagai Malaysian yang pertama dan terakhir”. Ini adalah perjuangan sebenar DAP, mereka menyeru kepada Malaysian first tetapi mereka tebal dengan perkauman cina, berceramah bercakap dalam bahasa cina jika tidak bahasa Inggeris, lihat poster dan banner mereka, ada mereka hormati bahasa kebangsaan, kebudayaan cina tetap mereka pertahankan, mereka langsung engkar untuk menerima walau sedikit budaya Melayu, ingat kes bantah pakai songkok, bantah pakai baju rasmi yang merupakan pakaian Melayu? Jadi apakah teras ugama, dan budaya yang akan dipegang oleh Malaysian acuan DAP nanti…

Janganlah tertipu dengan janji manis, bukti ada depan mata masih tak mahu melihat, menyesal kemudian tidak berguna….berpolitik biar berakal….menang sorak kampong tergadai….

Teras negara.

Nampaknya yang berlaku sekarang adalah mencabar agama Islam sebagai agama persekutuan, bangsa Melayu dan budaya Melayu sebagai teras. Adakah kita menyedari perkara ini!! Yang dituntut adalah pemansuhan kepada teras negara ini. Namun, ianya tidak akan berlaku, tidak ada negara yang sebegitu sama rata. Setiap negara pasti ada teras agama, bangsa dan budayanya. Inilah sebenarnya yang hendak di UBAH.

Setelah teras agama bangsa dan budaya di Malaysia ini dihapuskan dengan senjata hak asasi, kesamarataan, kebebasan dan lain-lain, satu teras baru akan muncul. Apakah teras baru agama, bangsa dan budaya yang akan menunjangi Malaysia pada waktu itu?.

Strategi membesar-besarkan cerita penindasan agama, perkauman,dan menidakkan amalan budaya minoriti adalah dirancang bagi mendapat simpati dan sokongan rakyat yang bukan dari kumpulan teras. Dari statistiknya, kalau kumpulan ini dapat bersatu, ia telah melebihi satu pertiga penduduk untuk menidakkan majoriti mutlak kumpulan teras. Dengan sekumpulan kecil dari golongan teras yang dapat mereka gula-gulakan dan pengaruhi, maka ia boleh mencapai majoriti mudah mengatasi kumpulan teras. Ini percaturan yang begitu mudah dibaca. Malangnya ramai yang gagal melihat…

Adakah penindasan terhadap agama bukan Islam begitu buruk di Malaysia? Bandingkan dengan negara-negara lain. Kepercayaan-kepercayaan lain diamalkan secara terbuka tanpa halangan disini melebihi dari negara lain tetapi golongan tamak haloba tak kenal erti berterima kasih. Sikap tolak-ansur yang tidak bertempat tanpa melihat secara keseluruhan keadaan geo politik dan sosial tempatan oleh sesetengah pihak menyebabkan golongan ini semakin berani. Isu agama dan budaya dimainkan untuk mendapat simpati dan kemudiannya menimbulkan marah dan benci lalu tercetus permusuhan.
Jadikan musuh kepada musuh kamu rakan kamu…Ya, untuk menjayakan itu, masukkan jarum agar semua masyarakat bukan Melayu membenci Melayu, kemudian cari wadah satukan mereka dalam satu gerakan. Dengan sokongan logistik yang cukup, ianya mampu menjadi satu gerakan yang kuat pengaruhnya. Dengan cara ini kemungkinan untuk berjaya tetap ada.
Mereka ini mengunakan agama kristian sebagai wadah. Keterbukaan agama kristian menyebabkan penganut-penganut kristian yang tidak bersetuju dengan mereka tidak dapat menghalang. Mereka ini bukanlah penganut kristian yang sebenar, banyak ajaran agama itu mereka tidak ikuti. Mereka adalah golongan yang tidak mempercayai agama.
Lalu masyarakat bukan Islam diserang dengan gerakan kristianisasi yang begitu ketara. Ianya adalah satu ugama baru mengunakan nama kristian, mudah, menarik, moden, elit dan macam-macam lagi tarikan duniawi. Mereka yang dari awal tidak mempercayai agama sudah pasti mudah mengikut apatah lagi dengan umpanan wang dan kebendaan.
Kesempatan diambil untuk memperalatkan agama kepada agenda lain iaitu menguasai negara dan mengubah teras. Teras agama tidak penting kerana mereka sendiri pun tidak mempercayai agama. Yang tinggal teras bangsa dan budaya. Mari kita main teka-teki teras bangsa dan budaya apa yang akan di UBAH dan ditegakkan oleh mereka di bumi ini…..Janganlah tertipu hingga tergadai dan merempat…

Disunting dari blog kerabat AlWatan.

Allah satu perkongsian…

Ada yang memberikan perangkaan hasil bancian penduduk mengikut pecahan agama dianuti. Ia menjurus kepada kaum Cina dan agama Kristian. Adakah mereka memberi maklumat betul tentang agama sewaktu dibanci atau di lain-lain keadaan. Jawapan mereka adalah tidak tentu, selalunya mereka mengaku kekal agama asal kerana masih baru bertukar ke Kristian.
Tanyakan pada yang muda, jawapnya mereka tidak mahu melukakan hati orang tua. Ini juga berlaku pada kaum India. Jadi perangkaan dari hasil banci penduduk berkaitan agama yang dianuti tidak dapat terima sebagai tepat.
Pengunaan perkataan “Allah” dapat dirasa niatnya. Kita boleh berhujah soal perundangan, soal sejarah dan peibagai lagi. Lalu kita petik fakta dari sana-sini. Tanyalah diri sendiri, niat sebenarnya apa? Kenapa sebilangan penganut Kristian memperjuangkan sangat kalimah “Allah” untuk digunakan dalam kitab mereka?
Mustahil penganut Hindu atau Budha hendak guna perkataan “Allah” untuk tuhan mereka, mereka akan bermati-matian membantah jika dipaksa berbuat begitu.
Kononnya agama Sikh juga menggunakkan perkataan “Allah”, Tidak pasti kesahihannya, tetapi belum ada rumah ibadat orang Sikh dibakar oleh orang Islam, kenapa? Jadi janganlah libatkan kaum Sikh dalam pertelingkahan ini.
Tiada membantah kitab Injil diterbitkan dalam Bahasa Melayu kerana kedudukan bahasa itu sebagai bahasa kebangsaan di sebuah negara di mana sebahagian warganya penganut Kristian. Yang dibantah penggunaan “Allah” dalam kitab injil kerana niatnya hendak menyamakan dengan agama Islam. Ia akan mengelirukan orang bukan Islam yang baru ingin mengenali agama Islam dan Kristian, mereka akan menganggap ianya sama.
Pendakwah songsang Kristian akan menambat hati mereka dengan menawarkan pekej menarik tanpa perlu mengikut sebarang hukum agama Kristian kerana tujuan dakwah mereka berbeza. Mereka akan mengatakan penghujung tetap sama iaitu menyembah Allah.
Dakwah Islam adalah menyampaikan, kemudian jika ada menerima, dianya akan diperingatkan dengan segala hukum-hakam dan peraturan, jika kekal yakin dan setuju maka Islamlah dia. Di situ titik kebebasan untuk memilih kerana sesudah memilih maka perlu patuh kepada segala hukum yang ditetapkan.
Berbeza dengan dakwah songsang Kristian, mereka memancing dalam segala bentuk, wang ringgit, hiburan, wanita dan lain-lain. Tujuan mereka cuma hendak memesong seseorang itu dari agama asal, tidak perlu untuk menjadi Kristian yang baik apatah lagi mematuhi hukum agama tersebut cukup sekadar mengaku Kristian akan dapatlah segala habuan.
Pengakuan itu membawa maksud meninggalkan agama asal dan ianya dilakukan bagi melemahkan agama lain. Ia menyerang masyarakat dunia. Tidak hairan sekarang mereka menggunakan hiburan bagi memancing golongan muda. Cara dakyah sebegini adalah penipuan dan berniat jahat.
Adakah “pendakwah-pendakwah” ini benar-benar Kristian atau mereka yang tidak percayakan agama mempergunakan agama Kristian untuk tujuan merosakkan umat Islam?

Apa pendirian DAP, PKR dan PAS tentang isu nama Allah ini? DAP terang-terang bersetuju nama Allah digunakan oleh agama lain selain Islam, PKR berdolak dalik demi kepentingan politik, sana cakap boleh, sini cakap tak boleh, PAS terbahagi dua, ada kumpulan ahli pengikut majlis syura kata tidak boleh, kumpulan anwaris erdogan kata boleh..

Undi anda penentu samada nama Allah dipertahankan atau dibiarkan orang lain mengunakkan untuk merosakkan umat…

Teruskan membaca

UBAH, memahami perubahan.

Apabila kita diseru untuk UBAH pada PRU13 ini, kita sudah tahu empat perkara iaitu APA nak diubah, “kerajaan”, BILA nak ubah, “selepas pilihanraya”, SIAPA nak diubah, “wakil-wakil kerajaan” BAGAIMANA nak ubah, “undi pembangkang”, KENAPA nak ubah???? Inilah yang perlu diteliti dan difikirkan masak-masak sebelum tindakan UBAH itu dilakukan.

Untuk sebarang proses perubahan, setelah mengenalpasti APA yang hendak diubah, proses pertama adalah membuat penentuan KENAPA perlu ubah. Selepas penentuan ini dibuat proses berikutnya seperti BILA, SIAPA dan BAGAIMANA menjadi mudah dan jelas.

KENAPA adalah satu ayat pertanyaan yang memerlukan jawapan berupa penentuan. Penentuan perlu berdasarkan maklumat. Maklumat perlu berdasarkan kajian, fakta dan bukti. Ia boleh datang dari sumber sahih, sejarah, dan sampel.

UBAH adalah meninggalkan keadaan sekarang dan membentuk keadaan yang berlainan. Untuk menjawab KENAPA perlu ubah, kita kena tahu keadaan sekarang dan diberitahu keadaan yang dihajatkan atau dijanjikan dengan jelas.

a)Langkah pertama, kenalpasti keadaan sekarang iaitu perkara yang hendak diubah. Ia adalah kerajaan yang telah memerintah, segala tindakan dan pelaksanaannya dinilai dan diukur.

b)Langkah kedua,  menilai perubahan yang ingin dibuat dalam tiga aspek iaitu adakah ianya 1) Diperlukan 2) Boleh dilaksanakan, dan 3) Boleh diukur.

c)Langkah ketiga, membuat perbandingan dari keputusan langkah pertama dan kedua. Pada peringkat ini keputusan awal sudah boleh dibuat samada perlu UBAH atau KEKAL.

d)Langkah keempat, menilai risiko gagal. Jika UBAH tetapi gagal apa harga yang perlu dibayar dan jika KEKAL apa nilai yang menguntungkan, diukur secara bandingan.

e)Langkah kelima adalah keputusan akhir untuk KEKAL atau UBAH.

Sekarang kita buat penelitian mengikut langkah-langkah tadi,

a)Langkah pertama – kenalpasti kerajaan yang telah memerintah. ETP dan GTP adalah rancangan transformasi ekonomi dan kerajaan, terdapat juga NKRA, MKRA dan NKEA, sila ke laman sesawang PEMANDU untuk butiran terperinci. Rancangan-rancangan ini telah dikaji dengan terperinci. Ianya 1) Diperlukan 2) Boleh dan sedang dilaksanakan 3) Boleh diukur dan sedang dipantau pencapaiannya. Ia adalah satu rancangan Transformasi yang juga bermaksud UBAH, iaitu kerajaan yang sama sedang berubah. BN adalah sebuah parti gabungan yang menggunakan satu lambang dimana surat tauliah bertanding ditandatangani oleh seorang ketua yang diiktiraf semua komponen. Manifesto diberi nama aku-janji dan bersifat objektif dimana ada angka-angka petunjuk yang perlu dicapai.

b)Langkah kedua – menilai perubahan yang ingin dibuat oleh PR.

1)Sahih -Buku jingga dan seterusnya manisfesto tidak memperjelas rancangan perlaksanaan dan jangkaan secara objektif. PR terdiri dari DAP, PAS dan PKR. Kesepakatan mereka ditahap gagal. Penggunaan nama Allah bagi ugama lain, pelaksanaan hukum hudud, pengurangan kakitangan kerajaan sehingga separuh dan siapa akan jadi PM tidak ada persetujuan bersama. Masing-masing menggunakan lambang sendiri Ada kerusi yang ditandingi oleh lebih dari satu parti gabungan. Mereka telah mengadakan rundingan sebelum ini namun perkara ini masih berlaku dan perlu diingat cuma surat tauliah yang ditandatangani oleh pemimpin parti masing-masing sahaja membolehkan lambang parti digunakan. Bermakna pemimpin setiap parti sedar akan keadaan ini dan merestuinya. Manifesto mereka tidak ada nilai kebolehpercayaan kerana boleh dinafikan oleh mana-mana parti gabungan seperti berbezaan mereka dalam isu-isu diatas. PAS masih bersilat bertepis dengan isu hudud, negara Islam dan nama Allah, PKR berteriak untuk berikan itu ini percuma, DAP diam saja dalam hal manifesto. Apakah DAP ada perancangan sulit yang akan didedahkan cuma setelah mereka menang besar dan berjaya menguasai PR dan kerajaan?

2) Sampel – Pas gagal mengurus isu nama Allah, beberapa kali berdolak dalik dan tidak sependapat antara pemimpin sendiri. PAS dengan sombong dan dan angkuh menghina orang lain dalam soal keagamaan. Sikap riak dan takabur jelas bila menuduh solat orang lain tidak diterima, Allah juga mencarut, mendoakan kehancuran dan kematian orang lain. Bagaimana jika PAS memerintah negara dengan kuasa yang lebih besar lagi? DAP gagal mengurus mesyuarat parti, lebih 700 ahli yang layak tidak dipanggil ke mesyuarat, undi yang sekitar 2000 jumlahnya boleh tersilap kira dan cuma diketahui setelah seminggu. Harga pembinaan terowong dinaikkan dan kemudian diwar-warkan mendapat potongan yang boleh menjimatkan kerajaan negeri lalu diturun kepada harga asal yang masih juga mahal. Rakyat diperbodohkan seperti kanak-kanak belum sekolah, lalu alasan diberi adalah kesilapan menaip. Bodoh sombong mereka adalah menganggap kita yang lain ini bodoh. Malangnya parti gabungan langsung tidak bersuara, rela diperbodohkan dengan begitu hinanya. Bayangkan jika DAP memerintah negara kita, kita akan di tipu hidup-hidup dan mereka akan kata bahawa kita bersetuju untuk ditipu dan kemudianya mengaku tersilap baca kerana ditulis bukan dalam bahasa Mandarin. PKR juga telah berkali-kali membohongi rakyat. Bermula dari kenyataan pemimpin agongnya tentang berkotak-kotak bukti rasuah dan salah-laku, peristiwa  keramat 16 September, sakit tulang belakang, kena racun asenik, disuntik kuman HIV, seorang pemimpin marhaen yang berkain pelikat tak punya harta, seorang ahli fikir yang mampu dilantik jadi pensyarah ekonomi walaupun lulusan sarjanmuda pengajian Melayu. Bayangkan ketiga-tiga parti ini bergabung memerintah negara.

3) Sejarah – Peristiwa 13 Mei 1969 berlaku 44 tahun dahulu dan masih boleh diceritakan dengan jelas oleh mereka yang berumur 60 tahun keatas. Tanyakan kisah Penyapu Besar yang diarak keliling Kuala Lumpur, Untuk siapa penyapu itu ditujukan? oleh siapa? Waktu itu LKS adalah ketua sayap pemuda DAP dan sekarang LKS adalah penasihat DAP. Imbas kembali peristiwa Memali dan Amanat Hadi, Ingat juga Tragedi Baling dan seorang timbalan ketua yang bersajak pantun akan ketaatsetiaannya dalam perhimpunan agung dan dalam masa sama menusuk duri kebelakang ketuanya. Apakah perubahan-perubahan yang berlaku kepada mereka yang terlibat?

Langkah seterusnya bolehlah dilakukan sendiri, anda semua bijak menilai, dapatkan keputusan sebelum anda pergi mengundi. Samada anda hendak UBAH atau KEKAL bersama perubahan iaitu TRANSFORMASI yang terancang.

Disediakan oleh Kumpulan Pemikir AlWatan.